ASSALAMUALAIKUM...
Hmm gigitan ? Entahlah. Pagi tadi aku bangun tidur, mandi2 dan eh ?
Ada kesan macam gigitan kat peha. Hmm. Seolah2 kena gigit.
Ada dua tanda pulak tu. Tekan kat kawasan tu, agak sakit Y.Y
Pastu aku cakap lah kat ayah. Haa ap yg ayah kata ?
Kena GIGIT JIN. Aku macam haih bia bena kan ? Then google lah.
Cari2 info psl 'gigitan jin' nih. Hmm.. Okayy bule tengok kat sini..
Haa ! Dari apa yg aku dapat. Hmm Ustaz Azhar Idrus kata,
mybe sbb saraf.Tapi ada jugak sebab gangguan jin.
Hmm yup agak cuak makin cuak kat situ Y-Y
| haih haih :( |
Pastu aku baca lah lagi satu article tuh. Hmm dia kata kalau kena gigit jin,
amek magnifying glass tengok ad 5 lubang kat tempat lebam tuh.
LOL mana aku nak cari magnifying glass ? haha. -.-
Pastu based on article tu, dia kata ada cara utk halang dr kena gigit jin nih.
**************************************************
Langkah-langkah untuk mengelakkan daripada digigit jin.
1. Jangan tidur selepas solat Asar. Jin suka mendekati orang-orang yang tidur selepas asar. Amalan
tidur selepas asar menyebabkan badan menjadi lemah, akal lembab untuk memproses data.
Jin akan mudah menguasai orang-orang yang lemah, terutama kepada wanita yang
dalam haid. Oleh sebab itu, digalakkan sentiasa berzikir untuk mengelakkan diri dikuasai oleh jin.
2. Sewaktu mandi, kita perlu mengenakan kain basahan. Ini kerana, jin juga seperti manusia,
suka mengintai. Dikhuatiri jin terjatuh cinta dengan kita. Apabila jin telah jatuh cinta
dengan kita, dia akan sentiasa mendampingi kita dan tidak membenarkan
seseorang mengahwini kita. Dia juga akan memasuki badan kita dan
membuatkan kita meracau. Ia agak sukar diubati jika dibandingkan dengan terkena sihir.
3. Jangan mengamalkan keluar di waktu petang.
Untuk membezakan kesan lebam tersebut disebabkan digigit jin ataupun disebabkan
pergerakan angin di dalam badan. Boleh dikesan dengan menggunakan kanta pembesar.
Kalau digigit jin, terdapat 5 lubang kecil kesan gigitan di kawasan lebam.
Untuk menghindarkan diri dari digigit jin berulang-ulang. Ambil air, dan
baca surah al-Fatihah tujuh kali dan kemudian perah tiga biji limau, sapu
seluruh badan. InsyaAllah jin tidak akan mengganggu lagi.
p/s : hadith yang berkaitan dengan tidur selepas Asar merupakan hadith dhaif.
("Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia
mencela melainkan dirinya sendiri.")
Hukum menggunakan hadith Dhaif:
Hadis dhaif tidak boleh dibuat hujah tetapi boleh diamal dengan syarat perlu beriktikad untuk berhati-hati dengan hukumnya.Hadis ini tidak boleh diterima untuk berhujah kerana tiada mempunyai sifat qabul. Erti qabul ialah boleh diterima buat hujah.
***********************************************
Okayy dah baca ? Haa yup tu yang dia kata. Haih
betambah risau aku nih. Hmm insyaAllah nak try practice
apa yg dia kata tuh :(
InsyaAllah xd papelah tu, sebab yelah syaitan jin semua tu
memang lah ada.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" Surah al-Dhariyat :56)
WASALAM~
Ada lagi ke berlaku? Ada ke 5lubang kecil tu?
ReplyDeleteeh adaaa. tapi janganlah fikir benda alahtu. kalau kite slalu fikir, dia pun suka. anggaplah tu lebam sbb darah xjalan ke. dari sudut perubatan memang lah begitu muehe
ReplyDeleteWhy does the casino "stay cool" in 2020? - DrMCD
ReplyDeleteIn this review, we 경산 출장안마 examine the gaming world and its top contenders and 아산 출장안마 explain why it 구미 출장마사지 is 하남 출장샵 best 전라북도 출장안마 to play casino games